KULAI: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) sedang mengenal pasti individu atau pihak terlibat dengan pembuangan bahan kimia yang dikatakan menjadi punca pencemaran Sungai Sengkang di sini baru-baru ini.
Pengarah JASNJ Dr Mohd Famey Yusoff berkata beberapa individu telah dirakam percakapan mereka sejak Isnin bagi membantu siasatan mengenai pencemaran itu di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
"Kita sudah panggil beberapa individu sejak semalam untuk membantu siasatan. Jadi pada tahap ini, saya tidak boleh memaklumkan lebih lanjut," katanya kepada pemberita di sekitar lokasi kejadian semalam.
Terdahulu awal semalam, pasukan JASNJ memeriksa sebuah premis di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang yang dipercayai menjadi stor penyimpanan kepada 116 tong IBC (kontena pukal pertengahan) berisi pelbagai campuran bahan kimia yang ditemukan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mohd Famey berkata pemeriksaan itu dijalankan kerana lokasinya yang dekat dengan kawasan di mana pencemaran berlaku di sungai tersebut.
Beliau berkata pemeriksaan JASNJ turut mendapati premis itu beroperasi secara haram kerana tapak premis berstatus tanah pertanian.
"Tapak ini kita sudah kenal pasti sebagai lot tanah pertanian, jadi kalau kita tengok (tindakan pelaku ini) memang salah, dari segi penggunaan tanah itu pun sudah salah.
"Jadi secara tidak langsung, tapak ini adalah tapak haram dan stor penyimpanan bahan buangan kimia secara haram," katanya tanpa menjelaskan sama ada terdapat kaitan antara premis itu dengan pencemaran di sungai tersebut.
Menyentuh kerja pembersihan di sungai itu dan parit yang terjejas, Mohd Famey berkata ia hampir selesai 100 peratus dan pihaknya masih menunggu laporan analisis mengenai beberapa sampel bahan kimia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata pencemaran itu juga tidak mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail yang merupakan LRA paling hampir kerana terletak lebih 20 kilometer.
Tinjauan Bernama mendapati keadaan air sungai di sekitar lokasi kejadian bertambah baik manakala kerja pembersihan parit masih berjalan dan hanya beberapa kakitangan JASNJ dibenarkan masuk ke premis terbabit untuk menjalankan siasatan.
Ahad lepas, dua wanita dilapor dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah dipercayai terhidu bahan kimia dari sebuah tangki di stor penyimpanan yang mengalir ke sungai berdekatan rumah mereka di Jalan Besar, Kampung Baru, Sengkang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Seorang anggota JAS Johor mengambil sampel sisa bahan kimia yang tumpah dari tangki simpanan di sebuah stor penyimpan di Kampung Baru Sengkang Kulai, 4 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Tingkat kesedaran jaga kualiti air - TPM Fadillah
Beliau berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
2% sampah di lautan berasal dari sungai di Guatemala
Sungai Las Vacas terdiri daripada kira-kira 60 peratus kumbahan dan sampah sarap bandar raya Guatemala.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Penduduk Taman Wangi desak tindakan segera pencemaran Sungai Ketil
Penduduk mendakwa masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku terutamanya ketika waktu hujung minggu atau cuti.
Pulau Pinang kuat kuasa semula dasar pengasingan sisa di punca
Dasar itu pernah dikuatkuasakan selama tiga tahun bermula 2017, namun terhenti disebabkan COVID-19 pada 2020.
Tiga bandar India antara 10 lokasi paling tercemar di dunia
Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.
Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, PepsiCo sumber pencemaran terburuk di UK
Semakan Audit mendapati 12 syarikat bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga pencemaran sisa berjenama yang dikutip sepanjang tahun.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.